Blogger Backgrounds

amarah

July 26, 2010

aku marah dengan nya..
aku marah dengan sikapnya..
aku marah dengan perbuatannya..
kenapa kau menghancurkan perasaan insan yang ku sayang..
benci aku akan dirimu..
kerana kau musnahkan segalanya..
kenapa?
aku benci kau..
benci!

rintisan air mata

July 23, 2010

aku tak tahu mengapa hati ini tiba- tiba terasa sedih.bagaikan ada sesuatu yang melanda jiwa.tiada yang dapat aku lakukan demi menghalang air mata mengalir.ia bagaikan semakin deras.bagaikan tiada dapatku tahankan.aku terpaku.hati terasa luluh tanpa ku tahu penyebabnya.mengapa jiwa aku seakan meronta.mengapa? aku bagaikan kesedihan bertahun lamanya.adakah sesuatu telah aku sakiti?atau adakah aku di sakiti? aku semakin keliru dengan perasaan ini.mengapa kemurungan di wajah ini? aku rasakan ingin menangis dan menangis. tanpa sebarang sebab yang munasabah hati ini ingin menangis.titis air mata yang tidak mampu aku pertahankan. maaafkan aku.

berjanjilah

July 21, 2010

tiada yang dapat aku katakan.hanya sembilu yang semakin melukai hati setiap penghujung ati ku..biarkan tiada kata yang terlafaz,aku menangisi dalam keheningan.jauh di sudut hatiku tiada yang dapat aku bayangkan.aku menyendiri dalam keheningan malam yang amat sepi.biarpun noktah tergadai aku menangis.menangis mengenangkan kebodohan yang aku alami.mengapa janji-janji manis membinasakan aku.fikiran aku hanya kosong menanti sebuah jawapan.kebodohan yang memakan diri.kerna taksub satu kasih sayang yang tidak ukuh di mata semua pihak.sakit bagaikan tiada jalan keluar untuk ku.aku hanya ingin pergi dari hidup ini kerna aku begitu terluka dengan dunia.dengan segala yang ada aku hanya kecewa.benci melewati segala yang ada.bagaikan terbongkar satu muslihat dihati.inginkan satu pembalasan atau inginkan aku untuk pergi dari dunia ini.

noktah kata

July 19, 2010

kelip - kelip satu intipan

biar kita seagung mana,bila kita mati tetap kembali ke tanah jua..
biar pangkat setinggi langit,kita tetap tunduk dengan hidayat-Nya..
tiada yang dapat kita ingkari kerna kita makhluk ciptaan Allah..
kita hanya makhluk kerdil yang hanya mensyukuri nikmat yang ada..
bagaikan terpaku melihat alam ciptaan Nya..
aku bersyukur kerna Dia menciptaku ke dunia ini..
aku amat meninsafi segala ada di mukabumi ini..
setiap perbuatan yang salah,kita mampu mengubahnya..
Dia lebih memahami segala yang tersimpan di hati..
apabila kita sujud kepadanya nescaya Dia akan memberi petunjuk ke jalan yang benar..
insafi segala yang ada..
ianya tidak akan kekal,kerna kita akan kembali kepada-Nya..

aku

July 17, 2010

biar kata berbicara.aku masih sendiri.biar bumi musnah.aku menjadi saksinya.tiada yang mampu aku dengari untuk melihat kehancuran yang tidak mampu aku bendungi.hanya kata perpisahan memisahkan dua dunia yang berbeza.sedetik tidak mampu aku berkata.biarpun hanya setitik cuma.aku hanya mampu melihat tanda-tanda yang tidak aku pasti akan kewujudannya.setiap detik yang ku lalui amat mengecewakan setiap insan yang wujud dalam diri ini.aku hanya satu atom yang memusnahkan segala tingkah laku yang amat menjengkilkan.aku hanya bagaikan menarik tali yang tiada penghujung batas waktu yang tidak mampu aku untuk menjaganya.aku bukan perlindung.aku dan titik-titik dusta hanya melihat kemusnahan di tangan ku sendiri.bisikan kata hati seakan-akan mempermainkan kata hati ini.aku masih sendiri.tiada yang mampu aku ubah segala yang terjadi.keegoan dan kedegilan seakan membunuh segala yang wujud di dasar hati ini.berfikir sejenak melihat dunia yang seakan rapuh di alam globalisasi.tinggal tanda tanya di hujung ranjau.tanpa aku sedari titis air mata mengalir di pipi menangisi segala yang terjadi.tidak mampu ku ulang segalanya semua.aku hanya mampu menatap dalam kesedihan.tiada kata yang secantik bahasa nurani yang tidak mampu aku hampiri.tiada kata yang mampu aku ucapi sekali lagi.hanya sayang yang telah membeku di ufuk jingga.

disini

July 16, 2010

bermulanya disini,hati mula bertanya dimanakah janji-janji yang telah terpatri sebelum ini.tiada jawapan untuk pertanyaan itu.kadang-kadang terdetik di hati meninggalkan segala yang ada bagi menyedapkan kata hati ini.tiada noktah bagi perbalahan ini.ia bagaikan tiada penghujungnya.aku,aku hanya satu persinggahan yang tidak pasti dimana kata akhirnya.sendiri menatap keruntuhan sesebuah perhubungan itu.tak pasti dimana janjinya.bagaikan tiada erti yang pasti.aku hanya bermimpi untuk mendapatkan kezaliman.sakit untuk menerimanya.jiwa seakan-akan meronta inginkan kepastian.bahana yang seakan membunuh ku sedikit demi sedikit.aku kebingungan sendirian kerna tiada bisikan yang menghalang.tangisan seakan-akan mertertawakan diri ini.luluh sudah untuk bertahan.aku hanya terluka dengan lirikan matanya.kesepian membunuhku dari dalam.biarlah aku disini melangkah pergi

hati sendiri

bagaikan tiada jalan keluar bagiku.aku inginkan dia.tiada penganti bagi dirinya.aku masih sendiri dengan hati yang semakin membeku.kerinduan kadang-kadang membunuh segala tingkah laku yyang amat tidak pasti.jalan gelap yang menutupi segala penglihatan membuatkan hati ini semakin luluh kesesatan.aku menangis sendirian memikirkan dirinya.cinta agung yang tidak mampu aku kecapi.biarpun dia ada di hadapan,aku hanya mampu melihat.kerna diri ini terasa jauh dari segala hubungan.aku hanya mampu sendiri.menatap pemergian diri nya.aliran air mata tidak dapat ku bendung.bisikkan kemesraan tidak mampu aku dengari lagi.semuanya bagaikan terhapus dengan hancurnya hubungan ini yang tiada noktahnya.kini diri semakin jauh.seperti jauhnya hubungan ini.semakin di rundung pilu.bagaikan tiada erti satu perhubungan itu.

kata sanubari

July 14, 2010

hai mata kenapalah kau tak nak nak tidur lagi?
mungkin sebab terlampau kusyuk membaca kot..haha..
mungkin juga buku menggembirakan hati..
memang pun..hehe..seronok sangat2 membaca sebelum masuk tidur..
tapi jam sekarang dah nak masuk pukul 1 pagi..
tak baik tau tidur lewat..kang bawah mata ada bekas hitam macam mata panda..
hehe..tapi hakikatnya aku belom dapat tidur dari tadi..coz aku dah tidur petang tadi..
tu lah pasal tak dapat tidur..hmm..bercakap pasal tidur..aku ni jenis kaki tidur..
kalau dah tidur tak sedar dunia..haha..bab tidur memang no 1..besalah..kan aku ni penganggur terhormat..hehe..aku ni minat sangat baca novel..
kalau novel tu tak habis lagi baca mesti aku tak senang duduk..
aku ni sentiasa nak tahu apa yang terjadi di penghujung cerita..
bila aku dah baca novel mesti kadang2 mak bapak bising..hehe..
bukan apa..asyik baca novel jer..satu kerja pun langsung tak buat..hehe..
malas?..adalah juga..bukan malas sepenuhnya yer..sikit2 jer..
bab2 nak cari kerja aku tak tahu dari mana nak mula..
aku tak pernah pun cari kerja..haha..nek tulis resume pun aku tak tahu..
dalam rasa hati ni ada juga rasa tak susahkan mak bapak tapi..
aku tak reti apa pun..dah lah lesen kenderaan tak ada..
bila depan orang ramai..cakap tergagap-gagap..darah gemuruh di katakan..
aku ni jenis pemalu tahap dewa..hehe..kalau ada yang teriak kat aku,aku bukan setakat nak marah..bahkan aku nak menangis juga..huhu.."congek" gelaran yang melekat kat aku sejak kecil..hehe..kena marah sikit mesti mata aku berair nak menangis..
kelemahan yang paling ketara kat tu..aku dah tak der idea lagi nak cerita pasal apa..
so aku nak sambung baca novel lagilah..
hehe..selamat malam..