jikaku pergi dulu,
maafkan aku wahai kasih.
jikaku pergi dulu,
maafkan aku wahai teman.
jikaku pergi dulu,
maafkan aku wahai bonda.
jikaku pergi dulu,
maafkan aku memungkiri janji kita.
jikaku pergi dulu,
maafkan aku dalam doamu wahai kanda.
kutitipkan sebentuk ucapan,
lupakan daku sekiranya termampu.
carilah insan lain,
buat penganti luka yang dalam ini.
aku hanya mampu melihat,
tapi aku tidak mampu berkata.
kerna diriku hanya aku,
dan aku tidak mampu mengubahnya.
buat teman berbicara,
maafkan aku tidak berterus-terang.
aku hanya mampu meminta maaf,
harapan yang ada hanya tinggal kenangan.
setiap detik berlalu,
hatiku meratap kesepian hidup.
aku tidak kecewa,
cuma meluah segala yang terbuku.
jangan diungkit rasa hati ini,
kerna ia membuat ku semakin terluka.
kenangan lepas hanya kenangan silam,
usahlah meratapi pemergian ku ini.
aku hanyalah aku,
insan ciptaan tuhan.
insan yang bergelar hawa,
tercipta dari tulang rusuk adam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment