Blogger Backgrounds

pendapatmu ?

August 19, 2011

melalui pembacaan dan pemahaman ku .
Antara nya yang diminati : "orang berakal tidak akan bosan untuk meraih manfaat berfikir , tidak putu asa dalam menghadapi keadaan dan tidak akan pernah berhenti daripada berfikir dan berusaha" .
pemahaman ku terhadap sesuatu .. sory kalau da yang terasa .. ini hanyalah pendapat yang dapat sya fikirkan sekarang nih ..
"penyakit yang ada jangan di keluhkan ,
kehilangan yang berlaku jangan sekali - kali di tangisi . semuanya itu datang dari Allah S.W.T .
itu semua ujian yang diberi untuk menguji keimanan dan ketaqwaan umatnya terhadap -Nya .
jika di dalam hati hanya ingin ke syurga , adakah terdapat keikhlasan dalam niatnya terhadap Pencipta - Nya ?
Adakah sekadar ingin ke syurga ?
Dan jika di takdirkan tiada syurga dan neraka , adakah Dia yang kita sembah ?
sebaiknya menjadi umat yang hanya ingin menghadap Nya .
tanpa meminta sebarang balasan .\
yang hanya ingin bertemu Pencipta Nya iaitu Allah S.W.T .
jika bahagia yang diberi , kita nikmatnya sebaik - baik nya .
dan jika kesusahan yang diberi , kita terima seadanya kerana itu jalan yang tertulis untuk menguji hamba - hamba Nya .
setiap kelemahan yang ada seharusnya diperbaiki kerana setiap kelemahan itu satu kelebihan untuk kita berubah ke arah yang lebih baik .
tanpa kesabaran kita tidak mungkin berjaya .
jika peluang terbentang luas di hadapan kita , janganlah tergopoh - gapah mencapainya .
sebaiknya , berfikir lah sejenak kesan - kesan yang akan berlaku terhadap peluang yang kita gunakan itu .
kiranya itu ujian atau takdir .
kejelitaan dan kecantikan hanya sementara .
bila - bila masa ia akan di tarik balik tidak kira tika dan waktu yang berlalu .
kelebihan kita yang ada ini adalah pinjaman dari - Nya .
Dia berhak mengambil -Nya .

0 comments:

Post a Comment